Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum.

Kepada pengunjung yang dihormati.

Web Hal Ehwal Sekolah Agama telah bertukar ke http://www.hesakedah.org

Sehubungan dengan itu operasi blog ini akan diberhentikan bermula Jun 2012. Harap Maklum.

Yang benar,
Pengurusan HESA

Tuesday, March 20, 2012

Maklumat Ringkas Sekolah2 Dibawah Hesa.

Alhamdulillah,setakat Mac 2012 sebanyak 38 buah Sekolah Agama Rakyat telah berdaftar dibawah Hal Ehwal Sekolah Agama(HESA).Berikut merupakan maklumat ringkas sekolah yang telah berdaftar di bawah HESA.


1.SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM (SRIDU LANGKAWI)
LOT 1600 JLN KG.TELUK-MARDI,
MK. ULU MELAKA 07000 LANGKAWI, KEDAH.
NO TEL: 04 – 955 9427 /
NAMA MUDIR : USTAZ ABDULLAH BIN MAJID (019 – 4665834)
NO AKAUN: SRIDU LANGKAWI
( BIMB ) 02066011054088
NO.KOD HESA:HS/01/05-08

2.MAAHAD TAHFIZ SAIDINA ABU BAKAR
KG.POKOK MACHANG, MK. PADANG TEMAK, 06300 K.NERANG, KEDAH.
NO TEL: 04 – 7867914 / 019-4977563 / 013– 591 9434
NAMA MUDIR:USTAZ ABU BAKAR MYDIN
NO AKAUN: MADRASAH TAHFIZ SAIDINA ABU BAKAR
0210041000001031( BSN )
NO.KOD HESA: HS/04/28-10

3.SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM
KM 23 JALAN KUALA NERANG 06300 POKOK SENA, KEDAH.
NO TEL: 04 – 782 4454
NAMA MUDIR: MAT AYUB BIN MAT DAUD (013 – 509 4513)
NO AKAUN: SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM
02075010002559 (BIMB)
NO.KOD HESA: HS/05/10-08

4.MAAHAD TARBIAH ISLAMIYAH
KG.TENGAH DERANG 06400 POKOK SENA, KEDAH
NO TEL: 04 – 714 3643 / 04-714 1620 (Fax)
NAMA MUDIR: TN.HJ.ABDUL MAJID BIN ABU BAKAR
NO AKAUN: MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH
( BIMB ) 02011010000448
NO.KOD HESA: HS/05/13-08

5.SEK MEN AGAMA MAKARIMUL AKHLAK
PONDOK TG. HJ. ABDULLAH KECHIK06500 LANGGAR,ALOR SETAR, KEDAH.
NO TEL: 04 – 7876193
NAMA MUDIR: MUMTAZ  JUHDI BIN MOHAMAD (013-5920934)
NO AKAUN: JAMAAH PENGURUSAN SEKOLAH SMAMA
02011010084242
NO.KOD HESA: HS/05/35-11

6.NO.KOD HESA: HS/06/02-08
MADRASAH AT TAKLIMIAH AL KHAIRIAH
KG.TOK KELING, MUKIM DERGA 05400 ALOR SETAR, KEDAH.
NO TEL:04 – 741 6944
NAMA PENGETUA: KAMARUL HALID BIN SAKRANI (019 –495 1212)
NO AKAUN: MADRASAH AT TAKLIMIAH AL KHAIRIAH ( BIMB ) 02011010025008


7.SEKOLAH RENDAH ISLAM BURHANUDDIN
AL-HELMY
KM 12.5 JALAN DATO’ KUMBAR 05600 ALOR STAR, KEDAH.
NO.TEL: 04 – 730 9605
NAMA GURU BESAR : PUAN ZAKIAH BINTI MUSTAFA(019 –570 4481)
NO AKAUN: SEK REN ISLAM BURHANUDIN  AL-HELMI
( BIMB ) 02011010113063
NO.KOD HESA: HS/06/06-08

8.SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM
JLN.TELOK BAGAN, BATU 3 TANDOP05400 ALOR STAR, KEDAH.
NO TEL: 04 – 771 5639 / 771 9866 (fax)
NAMA GURU BESAR : MUHAMAD FIKRI ISHAK
NO AKAUN: SEK.REN.ISLAM DARUL ULUM  (BIMB)02211010020732
NO.KOD HESA: HS/07/03-08

9.SEKOLAH RENDAH ISLAM AL NUR
KM 4 JLN.SG.TIANG,GAJAH MATI 06700 PENDANG, KEDAH
NO TEL: 04 – 759 2027
NAMA MUDIR: SHAHRUSYAINI BIN ABD.RAZAK (013 – 429 2874)
NO AKAUN: SEKOLAH RENDAH ISLAM AL NUR
 ( BIMB )02084010020498
NO.KOD HESA: HS/08/07-08

10.MADRASAH AN NUR AL ISLAMIAH
KM 4 JLN.SG.TIANG, KG.GAJAH MATI 06700 PENDANG, KEDAH
NO TEL: 04 – 759 2027
NO AKAUN: MADRASAH  AN NUR  AL ISLAMIAH
( CIMB ) 0210-0001609-05-4
NO.KOD HESA:HS/08/08-08

11.SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN (SAIF)
PEKAN GUAR CHEMPEDAK 08800 GURUN, KEDAH.
NO TEL: 04 – 461 9636  / 461 9637 (fax)
NAMA GURU BESAR : UST. HJ ZAMRI B HJ HANAPI
NO AKAUN: SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN( BIMB ) 02084010022217
 NO.KOD HESA: HS/09/04-08

12.MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN ( FITYAN)
F743 JLN.LUBUK GAJAH, KG. SETAR 06900 YAN,KEDAH
NO TEL: 04 – 4471484
NAMA PENGETUA : UST MOHD AIZAT BIN ZAKARIA (013 – 4481030)
NO AKAUN: MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN  (BIMB)02084010032508
 NO.KOD HESA: HS/09/29-10

 13.NO.KOD HESA: HS/10/12-08
SEK. REN&MEN. ISLAM TAHFIZ AL-QURAN, MADRASAH ZUBAIDIYAH
BALAI ISLAM 08400 MERBOK, KEDAH
NO TEL: 04 – 457 2486
NAMA MUDIR: HANIF BIN HJ. GHAZALI
 NO AKAUN: MADRASAH ZUBAIDIYAH ( BIMB ) 02020010002134

14.NO.KOD HESA: HS/11/14-08
MARKAZ AT TA’LIM WAT TARBIAH
PONDOK BANDAR HILIR TELOI TUA 08200 SIK, KEDAH
NO TEL: 04 – 469 3869
NAMA MUDIR: ISMAIL BIN HJ.MAHMUD
NO AKAUN: PUSAT PENGAJIAN ISLAM
( BIMB ) 02048010028139

15.NO.KOD HESA: HS/13/09-08
MADRASAH NURUL HIDAYAH
PONDOK PENGAJIAN ISLAM, KG.TEMBAK 09300 K.KETIL, KEDAH
NO TEL: 04 – 416 0442
NAMA MUDIR: MOHD.ZAINON BIN ARIFFIN  (019 – 475 4716)
NO AKAUN: MADRASAH NURUL  HIDAYAH
 ( BIMB ) 02048010037479 /02020010027433

16.NO.KOD HESA: HS/13/10-08
MADRASAH MISBAH AL FALAH
BANGGOL BERANGAN, PARIT PANJANG 09200 BALING, KEDAH.
NO TEL: 04 – 476 1701
NAMA MUDIR: MD.MUKHTAR BIN HJ.OMAR ZUHDI (019 – 560 5675)
NO AKAUN: ( BIMB ) 02048010013408

17.NO.KOD HESA: HS/13/11-08
MADRASAH NURUL ISLAH
PONDOK UST.BAKAR, PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH
NO TEL: 04 – 476 1953
NAMA MUDIR: ABDUL RAHIM BIN JAAFAR (019 – 4056188)
NO AKAUN: MADRASAH NURUL ISLAH
( BIMB ) 02048020011107

18.NO.KOD HESA: HS/13/15-08
MADRASAH ISLAHIAH DINIAH
KG.MEMALI, MUKIM SIONG 09100 BALING, KEDAH.
NO TEL: 04 – 462 5493
NAMA MUDIR: TN.HJ.MAT JUKI BIN AHMAD (013 – 424 3453)
NO AKAUN: MADRASAH ISLAHIAH DINIAH ( BIMB ) 02048010005533

19. SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM (KUPANG)
KG.BANGGOL CICAR 09200 KUPANG, BALING, KEDAH.
NO TEL: 04 – 476 6452
NAMA MUDIR: ABD WAHAB BIN ISA (013 – 4565993)
NO AKAUN: AJK LEMBAGA TADBIR SRIDU KUPANG
( BIMB ) 02048010042524
NO.KOD HESA: HS/13/16-08

20.SEK REN ISLAM RAUDHATULMUSLIMIN
SUNGAI KEMBAL 09300 KUALA KETIL, KEDAH.
NO TEL: 04 – 4430549
NAMA MUDIR: MOHD NORDIN BIN HJ.MD.ISA (019 – 546 5298)
NO AKAUN: SEKOLAH RENDAH RAUDATUL  MUSLIMIN
 ( BIMB ) 02048020030361
NO.KOD HESA: HS/13/17-08

21.MAAHAD TAHFIZ AL QURAN YAYASAN AL-HUFFAZ
KG.SG.TEMBAK (B) , PARIT PANJANG 09120 BALING, KEDAH.
NO TEL: 476 8134 (Faks)
NAMA MUDIR: MUHAMMAD B. MUSA
NO AKAUN: ( BIMB ) 02048010035416
NO.KOD HESA: HS/13/22-09

22.INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM & TAHFIZ AL-QURAN ABADA
LOT 2853, KOMPLEKS ISLAM, MASJID OMAR ZUHDI, PARIT PANJANG,KUPANG 19200 BALING, KEDAH
NO TEL: 04 – 476 1744
NAMA MUDIR: UST HJ ALIAS NASRI BIN MAHAMUD (019 – 427 0639)
NO AKAUN: MA’AHAD TAHFIZ WAL-QIRAAT(ABADA)
(BIMB) 02048020035646
NO.KOD HESA: HS/13/33-10

23.MADRASAH SAADATUL WATANIAH
PONDOK HAJI ISMAIL,TELAGA PANCHOR, KG. TEMBAK 09300 K.KETIL, KEDAH.
NO TEL: 0195285226N /  019-4631087
NAMA MUDIR: UST ISMAIL BIN HJ TAIB
NO AKAUN: 02048020024100 (BIMB)
NO.KOD HESA:

24.TAHFIZ AL-AMIN
NO.69 LOT 210 SG.SELUANG 09600 LUNAS, KEDAH.
NO TEL: 019 – 458 6172 / 012 - 479 8937 / 013 – 484 1465
NAMA MUDIR: UST ISMAIL BIN SAAD
NO AKAUN: PUSAT TAHFIZ AL-AMIN (CIMB) 0207000093100
NO.KOD HESA: HS/14/34-10

25.PUSAT PENGAJIAN ISLAM,MAAHAD RAUDATUL ULUM
JALAN SUNGAI BATU, KG RANTAU PANJANG 09800 SERDANG,KEDAH
NO TEL: 019 – 524 7080 / 019 - 474 1766
NAMA MUDIR: UST AHMAD REDHOUDIN BIN ABD WAHAB
NO AKAUN: 02057010030075 (BIMB)
NO.KOD HESA: HS/15/30-10

26.MAAHAD TAHFIZ AL MUTMAINNAH
LOT 107 & 108 KG BARU, PERMATANG BERANGAN,08000  SUNGAI PETANI
NO TEL: 04-4338050 / 013-4202206 / 019-5131337
NAMA MUDIR: USTAZ AMRI B MOHD NASON
NO AKAUN: TAHFIZ MUTMAINNAH
02020010063462 (BIMB)
02130000329103 (CIMB)
552059703378 (MAYBANK)
NO.KOD HESA: HS/12/38-11

27.MAAHAD TAHFIZ AL-BARAKAH
KG MASJID TIKAM BATU
NO TEL: 04-4430916 / 019-5443588 / 019-4807549
NAMA MUDIR: USTAZ ZAMRI B ARSHAD
NO AKAUN: PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH
07043011018750 (BIMB)
NO.KOD HESA: HS/12/

28.MAAHAD AL –IMAM AL-SYAFIE
KG SAWA KECHIL,06700 PENDANG
NO TEL: 013-4068345
NAMA MUDIR: USTAZ MOHD RODZI B MUHAMMAD
NO AKAUN: PEMBANGUNAN & PEMBAIKAN SEK MEN AGAMA
02011010058174 (BIMB)
NO.KOD HESA: HS/12/


Insyaallah,maklumat 10 buah sekolah lagi akan di update dari masa ke semasa....







Saturday, February 18, 2012

HARI KEDUA : Lawatan Ke Bogor

Pada hari kedua lawatan HESA bersama dengan Majlis Guru Besar, telah diadakan lawatan dan ziarah ke sebuah institusi pendidikan di Bogor. Alhamdulillah, setelah check out dari Hotel Pangrango, rombongan terus bergerak menuju ke Pesantren Darul Muttaqien dan tiba disana pada jam 9.30 pagi. Sampai di sana, peserta rombongan di sambut mesra oleh kakitangan pentadbiran yang terdiri daripada penyelaras-penyelaras di peringkat rendah, menengah dan juga pra universiti. Kami terus di bawa melawat di kawasan sekitar pesantren tersebut, dan yang begitu memeranjatkan peserta lawatan, keluasan pesantren tersebut menjangkau 12 hektar. Apabila diajukan pertanyaan kepada pihak pesantren tersebut, kawasan tersebut terdiri daripada tanah wakaf dan perbelanjaan pesantren tersebut tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa lawatan ke pesantren tersebut.










Tuesday, January 31, 2012

Lawatan HESA bersama Majlis Guru Besar HESA ke Indonesia 2012

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) telah berjaya mengadakan satu lawatan ke Indonesia pada 15 Januari 2012 yang lalu. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti lawatan tersebut. Alhamdulillah berkat usaha yang digembelingkan, dengan bantuan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak dapat melancarkan lagi lawatan yang diadakan.

Lawatan ini bermula pada 15 Januari yang lalu. Para peserta rombongan berkumpul jam 7.30 pagi di Penang International Airport, Bayan Lepas. Alhamdulillah, semasa pengurusan untuk daftar masuk ke kapal terbang, pihak admin dan peserta tidak mengalami masalah dan kesukaran untuk masuk. Dengan izin Allah s.w.t, kapal terbang Air Asia QZ 7669 telah berlepas dari Airport Penang ke Jakarta Indonesia pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia.

Antara matlamat lawatan ini diadakan adalah untuk melihat suasana pengajian yang berlandaskan Islam di bumi Indonesia. Disamping itu, para peserta yang mengikuti lawatan ini, akan dapat mempelajari sistem pengurusan sekolah - sekolah agama di sana.

Alhamdulillah, setelah penerbangan hampir dua jam lebih, pesawat Air Asia telah selamat tiba di Jakarta Airport jam 10.24 pagi waktu Malaysia, jika waktu Indonesia lewat sejam dari waktu Malaysia. Setelah tiba di Terminal 3, peserta lawatan di jemput oleh sahabat Cikgu Kamarul yang pernah berurusan dengannya sebelum ini, yang dikenali Pak Herman. Kemudian kami terus menaiki bas yang disewa khas menuju ke bandar Jakarta untuk makan tengahari.

(pemandu bas yang sentiasa menemani sepanjang para peserta lawatan berada di Indonesia)

Setelah perjalanan dari Jakarta Airport, para peserta tiba di Restoran Bunga Raya yang menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang cukup menarik perhatian peserta. Al maklum saja lah, semuanya dalam kelaparan yang amat nyata. Restoran tersebut diakui penyediaan makanannya yang dalam keadaan yang baik dan halal. Menariknya di Indonesia ini, apabila kita tiba di restoran mereka, dengan serta merta lauk pauk, nasi dan air putih suam akan di bawa kepada kita di meja santapan. Kalau mereka masak 30 jenis lauk, semua tu la yang akan diangkat mereka kepada kita.
Tetapi awas....:-) kalau diambil semua lauk2 tu, wlaupun kita usik sikit saja, akan dikira kesemuanya. itulah trend di Indonesia.

Selepas daripada itu, peserta terus bergerak ke satu masjid yang terkenal di Jakarta yang dikenali dengan nama Masjid Istiqlal. Masjid tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri dan sering dikunjungi oleh pelawat pelawat seluruh negara apabila berkunjung ke Indonesia.

Setelah selesai melawat masjid tersebut, para peserta terus bergerak ke satu tempat yang dikenali sebagai Bogor. Perjalanan dari Jakarta ke Bogor mengambil masa yang begitu lama, hampir 4 jam perjalanan ke sana. Alhamdulillah, pada jam 5 petang waktu Malaysia, kami sampai di tempat penginapan di Bogor.

Peserta diberi masa untuk berehat hampir 3 jam di hotel yang didiami. Pada jam 8 malam waktu Malaysia, semua peserta dibawa menikmati makan malam di sebuah restoran yang berdekatan hotel tersebut. Setelah selesai, kami dibawa untuk jalan- jalan dan melihat sendiri suasana Pekan Bogor yang dikatakan cukup meriah pada malam tersebut. Pada jam 10.30 malam, semua peserta pulang ke hotel dan berehat untuk mengumpulkan tenaga bagi program keesokan hari.

(* bersambung ke tajuk hari Kedua)

Sunday, December 11, 2011

Kursus Pentadbir Sekolah - Sekolah Hesa 2011

Alhamdulillah, Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) dengan kerjasama dengan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) telah mengadakan Kursus Pentadbir Sekolah - sekolah HESA yang mana ianya telah bermula semalam dan hari ini adalah hari yang kedua. Program ini akan berakhir keesokan hari, 13 Disember 2011. Kehadiran amat memberangsangkan seramai 150 orang telah menghadiri kursus ini.

Pada semalam, telahpun selesai pembentangan kertas Modul Pentadbiran HESA yang mana ianya telah dibentangkan secara bersama oleh Penolong Setiausaha HESA, Ustaz Aizat Zakaria dan Cikgu Ramli Idris. Pada sebelah malamnya, pembentangan kertas pengurusan kurikulum yang telah dibentang oleh Cikgu Md Nor Hanafi.

Dan hari ni, telahpun selesai pembentangan kertas perubahan sistem pendidikan di Malaysia yg menarik perhatian seluruh peserta kursus.

Inshaallah, laporan dari semasa ke semasa akan admin laporkan di blog ini utk tatapan pembaca setia blog HESA. Berikut adalah gambar2 yang boleh dikongsi utk tatapan pembaca.




Monday, October 24, 2011

Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Malaysia Peringkat Negeri Kedah

25 Oktober 2011 - Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah menyertai aktiviti pameran sempena Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Malaysia peringkat Negeri Kedah. Alhamdulillah, persiapan untuk mengadakan pameran berjalan dengan lancar dengan bantuan kakitangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Jabatan Pendidikan dan kakitangan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum.

Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti sempena Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Malaysia Peringkat Negeri :

20 Oktober 2011 - Khamis

9.00 pagi - Persiapan pameran oleh HESA dan kawasan - kawasan

9.00 malam - Pidato 3 Din dan perasmian sambutan
YB Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Naib Presiden PAS
YB Tuan Haji Saifuddin Nasution bin Ismail
Setiausaha PKR
YB Dato' Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah
Exco Kerajaan Negeri Kedah / Bendahari PAS Kedah / AJK PAS Pusat


21 Oktober 2011 - Jumaat

9.00 pagi - Program Muslimat PAS Kedah
- Pertandingan Nasyid Sekolah - Sekolah HESA

9.00 malam - Ceramah Perdana
Ybhg Ustaz Idris bin Ahmad
AJK PAS Pusat
YB Ustazah Siti Aisyah binti Ghazali
Exco Kerajaan Negeri Kedah
YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki
Timbalan Speaker DUN Kedah

22 Oktober 2011 - Sabtu

9.00 pagi - Konvensyen Negara Berkebajikan
Ybhg Ustaz Idris bin Ahmad
AJK PAS Pusat
YB Dato Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah
Exco Kerajaan Negeri Kedah

3.00 petang - Forum Pengkisahan PAS Kedah
Ybhg Ustaz Abu Kasim bin Abdullah
Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat
Ybhg Ustaz Haji Nasir bin Othman Al-Yunusi
Anakanda Allahyarham Tuan Guru Haji Othman (Pengasas PAS Kedah)
Ybhg Ustazah Fatimah

9.00 malam - Ceramah Perdana
Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS
YB Dato Haji Mahfuz bin Haji Omar
Naib Presiden PAS


23 Oktober 2011 - Ahad

9.00 pagi - program PASTI

3.00 petang - Program Sembang Bola

9.00 malam - Ceramah Penutup
YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang
Presiden PAS
YAB Dato Seri Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak
Menteri Besar Kedah
YB Dato Ir. Haji Phahrolrazi bin Haji Zawawi
Exco Kerajaan Negeri Kedah

Berikut adalah gambar - gambar yang boleh dikongsikan sepanjang pameran berlangsung




















Saturday, August 6, 2011

IJTIMAK PENGKULIAH UMUMI NEGERI KEDAH & MAJLIS BERBUKA PUASA

06 Ogos 2011, Alor Setar - Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah bersama Lajnah Tarbiah PAS Kedah dan Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah berjaya mengadakan Ijtimak Pengkuliah Umumi Negeri Kedah & Majlis Berbuka Puasa di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Program ini merupakan cetusan dari YAB Dato Seri Menteri Besar dalam menghimpun pengkuliah-pengkuliah umumi di seluruh Kedah. Dengan perolehan maklumat guru takmir dan pengkuliah umumi daripada Majlis Agama dan pelbagai institusi yang berkenaan, telah berjaya dihantar kad jemputan sebanyak 730 keping kepada seluruh pengkuliah umumi di Kedah.

Antara hasrat Kerajaan Negeri dalam mengadakan Ijtimak Pengkuliah Umumi :
a) Menghimpun pengkuliah umumi dalam merialisasikan Kedah Sejahtera
b) Mewujudkan gedung ilmu yang lebih meluas diseluruh Kedah
c) Merapatkan hubungan yang kukuh antara pengkuliah umumi dan pihak kerajaan negeri

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 3.45 petang hingga 4.45 petang, disulami dengan tayangan skrin kepada tetamu oleh Urusetia Penerangan Negeri dan sedikit penerangan ringkas program oleh pihak Unit HESA. Selepas itu, semua pengkuliah bergerak ke surau untuk menunaikan solat asar berjamaah.

Tepat jam 5.00 petang, Al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Yahaya, Pengarah Program tiba diperkarangan Dewan Seri Mentaloon, disusuli lima minit kemudian ketibaan Ybhg Sohibus Samahah, Dato Paduka Syeikh Hj Baderuddin bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Pada jam 5.20 petang, ucapan dan tazkirah kepada pengkuliah umumi disampaikan oleh Dato Paduka Mufti Kerajaan Negeri. Banyak perkongsian yang telah dicurahkan oleh Dato dalam ucapan beliau. Antaranya, Dato melihat bahawasanya pengkuliah umumi ini perlu memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang ajaran Islam kepada masyarakat setempat. Disamping itu, Dato Mufti juga menyelar tindakan pengikut ajaran Syiah yang sentiasa melakukan sesuatu untuk menyesatkan ummat Islam di Kedah.

Pada jam 6.15 petang, Dato Paduka Mufti mengakhiri ucapan beliau dengan berpesan bahawasanya pengkuliah umumi merupakan pewaris nabi. Disamping itu, perlu dididik anak muda untuk mewarisi golongan amilin yang ada pada hari ini.

Selepas kepulangan Dato Paduka Mufti, sementara menunggu ketibaan YB Dato Ir Hj Phahrolrazi Zawawi, Urusetia Penerangan menayangkan beberapa video untuk tatapan para tetamu.

Pada jam 6.40 petang, ketibaan YB Dr Ismail Salleh disambut mesra oleh AJK Program dan disusuli selepas itu, Dato Ir Hj Phahrolrazi tiba diperkarangan Dewan Seri Mentaloon bersama isteri. Kemudian, YB Dato Phahrolrazi, Dr Ismail diringi ke pentas utama oleh Ybhg Ustaz Ahmad Yahaya untuk sesi ucapan perasmian.

Dalam ucapan aluan Pengarah Program, Ustaz Ahmad Yahaya mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian seluruh pengkuliah umumi menghadirkan diri ke program ini. 

Seterusnya, ucapan Dato Phahrolrazi menyentuh beberapa perkara tentang perkembangan Kerajaan Negeri. Beliau yang mewakili YAB Dato Seri MB menyampaikan salam dari MB dan memohon agar semua para hadirin mendoakan kesejahteraan Ustaz Azizan kembali sihat dan dapat melaksanakan tugas kembali.

Selepas ucapan Dato Phahrolrazi, bacaan doa oleh Ybhg Ustaz Hj Aminuddin bin Hj Abd Rahim, Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri. Selepas itu, para hadirin dijemput ke meja jamuan untuk persiapan berbuka puasa. Para hadirin bersurai selepas solat maghrib.